SOAL SELIDIK KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN WANITA SABAH

Terima kasih kerana sudi untuk menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat kesejahteraan wanita dan digunakan untuk membina Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah (IKWS). Soal selidik ini mengandungi 16 bahagian yang mewakili domain IKWS.

Anda diminta untuk memberikan respons kepada kesemua pernyataan yang diberikan berpandukan arahan yang tertera pada setiap bahagian soalan. Kerjasama anda untuk memberikan respons dengan penuh keikhlasan dan kejujuran adalah sangat diharapkan bagi memastikan kebolehpercayaan data yang bakal diperoleh. Oleh hal yang demikian, penyelidik terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Selamat menjawab.

Arahan dan Makluman:
  1. Penyertaan anda dalam kajian ini adalah secara sukarela.
  2. Anda mestilah seorang WANITA yang berwarganegara MALAYSIA dan penduduk SABAH yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Anda dikehendaki memberikan respons kepada SEMUA pernyataan.
  4. Anda digalakkan untuk memberikan respons dengan jujur dan ikhlas memandangkan tidak ada jawapan “betul” atau “salah”.
  5. Respons anda adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembinaan indeks.

PERSETUJUAN
Sila tekan butang "Seterusnya" jika anda faham tujuan kajian ini dan setuju terlibat secara sukarela