Informasi

Kajian Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah yang diterajui oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) merupakan sebuah projek penyelidikan yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kesejahteraan hidup wanita di Sabah. Sebanyak enam belas (16) domain utama telah digunakan untuk mengukur kesejahteraan hidup golongan wanita di negeri Sabah. Domain-domain tersebut telah dipecahkan kepada 6 sub-domain yang menjadikan jumlah domain kesemuanya sebanyak 19 domain. Berikut merupakan 16 domain utama dalam IKWS:

  1. Ekonomi,
  2. Undang-undang yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Hak-hak dan Penguatkuasaan Undang-undang,
  3. Bebas Keganasan
  4. Kesihatan,
  5. Pendidikan dan Kemahiran,
  6. Sains dan Teknologi,
  7. Media,
  8. Alam Sekitar,
  9. Sukan,
  10. Keagamaan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan,
  11. Pembuat Keputusan dan Politik yang turut dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Pembuat Keputusan dan Politik Kepartian,
  12. Mekanisme, Jentera dan Institusi Pembangunan Wanita,
  13. Kesaksamaan Gender,
  14. Pengangkutan Awam,
  15. Kehidupan Bekerja dan,
  16. Perumahan.

Pembangunan domain dan indikator kesejahteraan wanita Sabah dalam kajian indeks ini merangkumi pelbagai isu semasa yang dilihat dapat mengukur tahap kesejahteraan wanita di negeri Sabah. Melalui kajian ini, didapati jumlah keseluruhan Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah 2018 adalah sebanyak 61.0%, iaitu berada pada tahap yang SEDERHANA.

Keseluruhan domain berada pada tahap sederhana (Bebas Keganasan, Perumahan, Wanita & Alam Sekitar, Wanita dalam Bidang Pendidikan & Kemahiran, Penguatkuasaan Undang-undang, Mekanisme, Jentera & Institusi Pembangunan Wanita, Wanita & Kesihatan, Kesaksamaan Gender, Hak-hak, Wanita & Ekonomi, Wanita dalam Bidang Sains & Teknologi, Kehidupan Bekerja, Pembuat Keputusan, Wanita & Sukan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan, Wanita & Media dan Pengangkutan Awam), melainkan domain Politik yang berada pada tahap rendah.