Pengenalan

Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) telah memberikan perhatian khusus ke atas kesejahteraan golongan wanita di negeri Sabah. Oleh itu, pada tahun 2018, satu bentuk inisiatif telah dilaksanakan untuk mengukur kesejahteraan golongan wanita Sabah dalam bentuk Indeks yang dinamakan sebagai Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah 2018 (IKWS 2018).

Objektif utama kajian IKWS 2018 adalah seperti yang berikut;

  1. Membina set indikator dan indeks bersifat saintifik bagi mengukur kesejahteraan wanita di Sabah.
  2. Mengenal pasti kesejahteraan wanita berdasarkan set indikator yang telah dibentuk.
  3. Mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup wanita di negeri Sabah.

Pada tahun 2020, kajian e-Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah (e-IKWS2020) telah dijalankan dan merupakan kesinambungan daripada IKWS2018 dengan versi baru secara elektronik. Keperluan pembentukan e-IKWS adalah seiring dengan modenisasi masa kini yang menggunakan media elektronik dalam hampir keseluruhan aktiviti kehidupan seharian. Pembentukan e-IKWS memudahkan golongan wanita memberi maklum balas kepada data kajian pada bila-bila masa atau di mana sahaja.

 Perbandingan Indeks Mengikut Tahun

 Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah Tahun 2021

Total
Responden
77
Total Responden
Kat. Bandar
48
Total Responden
Kat.Luar Bandar
29
Indeks
Keseluruhan
62.53 %

 Keseluruhan Domain

 Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah Tahun 2018

Total
Responden
2000
Total Responden
Kat. Bandar
1077
Total Responden
Kat.Luar Bandar
923
Indeks
Keseluruhan
60.61 %

 Keseluruhan Domain